SKKMN
| MAKLUMAN | Selamat datang ke Blog Rasmi SK Kg Melayu Niyor Kluang - Mencipta Idea, Menjangkau Kreativiti, Menjana Inspirasi. Famii Hebat Murid Cemerlang Sekolah Gemilang // ❤ Negaraku | Sehati Sejiwa ❤

Majlis Perpisahan Pn.Normah

KLUANG 14 Ogos - Kelab Keluarga SKKMN telah menganjurkan Majlis Perpisahan Pn.Normah Binti Moeng@Mei serta menyambut kedatangan warga SK...

KLUANG 14 Ogos - Kelab Keluarga SKKMN telah menganjurkan Majlis Perpisahan Pn.Normah Binti Moeng@Mei serta menyambut kedatangan warga SKKMN yang baru iaitu Pn.Zarah Binti Samuri Dan En.Mohd Fadhil Nor Bin Mat Rawi. Majlis telah berlangsung di KFC Kluang Mall pada jam 3.00 petang. Perjalanan majlis ini telah berjalan dengan lancar. Penyelaras Majlis,Pn Asmah Binti Abu Hassan dan AJK majlis telah membuat persiapan yang rapi dalam menjayakan majlis ini. Tahniah diucapkan.
Majlis ini telah dihadiri oleh Ahli-ahli Kelab Keluarga SKKMN yang terdiri daripada guru-guru,aks serta kakitangan sekolah. Kehadiran semua ahli Kelab Keluarga ke majlis ini telah memberi satu suntikan semangat kepada Pn Normah terutamanya. Hanya beberapa orang guru yang tidak dapat hadir kerana mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan.Namun begitu,majlis tersebut tetap meriah kerana komitmen serta semangat Kekeluargaan yang ditunjukkan oleh ahli kelab dalam menjayakan majlis ini. Majlis ini tidaklah begitu besar namun ia cukup bermakna kepada semua Ahli Kelab Keluarga SKKMN.Seperti yang sedia maklum,Pn.Normah telah berpindah ke PPD Kluang sebagai Pembantu Tadbir(N17) setelah dinaikkan pangkat dari Pembantu Tadbir(N11). Pihak SKKMN,mengucapkan sekalung tahniah kepada Puan Normah di atas kenaikan pangkat tersebut.Pn.Zarah pula mengantikan Pn.Normah sebagai Pembantu Tadbir(N17) SKKMN manakala En.Mohd Fadhil Nor mengisi jawatan baru di SKKMN iaitu bertugas sebagai Juruteknik Komputer(FT17) SKKMN.

Jika dihitung,sebenarnya jasa Pn.Normah kepada SKKMN tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa Pn.Normah. SKKMN telah kehilangan seorang staf yang amat tekun dan cekal seperti Pn.Normah. Staf sepertinya sukar dicari ganti. Harapan SKKMN agar Pn.Normah akan terus menjadi staf yang cemerlang walaupun di mana sahaja Pn.Normah bertugas. Pihak SKKMN sentiasa mendoakan kejayan Pn.Normah.

Penyelaras Majlis merangkap Pengerusi Majlis,Pn.Asmah memulakan majlis dengan mempersilakan tetamu kehormat,Pn.Normah ke ruangan tempat duduk majlis. Setelah Pn.Normah disambut oleh semua ahli kelab,Pn.Asmah mempersilakan Ustaz Mohd Faizal Bin Subahar untuk meneruskan majlis dengan bacaan doa. Seterusnya,Pengerusi Majlis menjemput Tuan Guru Besar,Pn.Hajah Mapidon Bin Samsudin untuk memberikan ucapan penghargaan kepada Pn.Normah diikuti oleh Guru Penolong Kanan,En.Kamaruzaman Bin Sahir.

Dalam ucapan tersebut,Guru Besar telah memberi kata-kata perangsang kepada Pn.Normah agar beliau terus berjaya dalam kerjayanya serta memgucapkan selamat datang kepada warga SKKMN yang baru,Pn.Zarah serta En.Mohd Fadhil Nor manakala Guru Penolong Kanan pula,menghambur pujian di atas jasa yang telah disumbangkan Pn.Normah kepada SKKMN sepanjang beliau bertugas di sini.

Kemudian,giliran tetamu kehormat,Pn Normah untuk membuat ucapan. Beliau amat terharu di atas penganjuran majlis tersebut. Beliau tidak akan dapat melupakan segala kenangan manis sepanjang beliau bertugas di SKKMN. SKKMN menyimpan pelbagai kenangan dalam memori hidup beliau. Kata-kata berbaur kesedihan dalam ucapannya turut menyentuh hati ahli Kelab Keluarga SKKMN. Begitulah kuatnya rasa keluargaan dalam diri setiap ahli Kelab Keluarga SKKMN.

Setelah Pn.Normah selesai memberi ucapan,majlis penyampaian cenderahati ahli Kelab Keluarga SKKMN kepada Pn.Normah pula dijalankan. Cenderahati berupa plat ayat Al-Quran serta bag tangan berjenama adalah sebagai tanda kenangan ahli Kelab Keluarga SKKMN kepada Pn.Normah. Walaupun cenderahati yang disampaikan tidak seberapa nilainya jika dibandingkan dengan jasa Pn.Normah kepada Kelab keluarga SKKMN serta SKKMN,namun inilah tanda ikhlas Kelab Keluarga SKKMN kepada Pn.Normah. Penyampaian cederahati tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dengan diiringi dengan Guru Penolong Kanan serta Penyelaras Majlis. Selepas upacara penyampaian hadiah tersebut tamat,ahli kelab keluarga pula membuat penyampaian hadiah secara individu.

Upacara penutup dilakukan dengan serba ringkas. Semua ahli kelab Keluarga SKKMN mengambil kesempatan memberi ucapan tahniah kepada Pn.Normah serta ucapan selamat datang kepada warga SKKMN yang baru,Pn.Zarah dan En.Mohd Fadhil Nor.


Dilaporkan oleh SKKMNnews09 untuk SKKMNweb09

copyright2009©news_Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Niyor
Name

Akademik,1,Aktiviti,15,Alumni,1,APC,2,Astro TutorTV,2,bahan,1,Berita,118,Bola Tampar,3,Buku Program,1,Cuti,5,Dialog,1,Disiplin,10,Edutainment,1,Exco,1,Frog VLE,5,Gerhana,1,Guru Besar,4,Hari Guru,9,Hari Kanak-Kanak,2,Hari Kebangsaan,1,Hari Lahir,6,Hari Sukan Negara,1,Hasil Kerja,1,Hebahan,31,HEM,4,ICT,5,Info,2,Infografik,13,Insfrastruktur,1,Islamik,1,Isu Semasa,7,Jabatan Penerangan Negeri Johor Cawangan Kluang,1,JCORP,1,JPN Johor,9,JPNJ,2,Kad Muafakat Johor,1,KEBIRU,9,Keselamatan,1,Kesihatan,5,Kluang,1,KMJ,2,Kokurikulum,8,Kolaboratif,1,Komuniti,24,KPM,3,Kurikulum,2,Kursus,1,Lawatan,3,LINUS,1,Majlis,2,MB Johor,2,Memanah,1,Memasak,1,Mewarna,1,MSSZ,1,Mukim Niyor,2,Murid,11,NILAM,1,PAK21,2,Pameran,3,PBPPP,1,Pelancaran,1,Pendidikan,8,Pengambaran,1,Peperiksaan,25,Perkhemahan,6,Perkhidmatan,3,Persaraan,2,Pertandingan,1,Pesanan Khidmat Masyarakat,1,Pesta Buku,1,PIBG,4,PIBK,6,PPD Kluang,24,PPPM 2013-2025,1,Prasekolah,2,Profil,6,Program,3,PSS,1,Qari Johor,1,RIMUP,2,Rohani,1,Sambutan,1,Sambutan Kemerdekaan,3,Sarana,1,Sehati Sejiwa,3,Seminar,3,SK Kampong Chamek,2,SKKMN,8,SKPM,1,Solat Hajat Perdana,1,SPBT,1,SPS,1,Sukan,30,Surau,4,Sync,1,Tabung Haji,1,Taekwando,1,Tahun 6,2,Team Johor,1,Tips,5,TKRS,2,Tuan Haji Wahab bin Amat,1,UPSR,18,Video,2,YaPEIM,1,
ltr
item
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035: Majlis Perpisahan Pn.Normah
Majlis Perpisahan Pn.Normah
http://1.bp.blogspot.com/_8puRTOwMgW8/So4ZV009BLI/AAAAAAAAAM8/wBLNwzsFKzg/s320/majlis+pn+copy.jpg
http://1.bp.blogspot.com/_8puRTOwMgW8/So4ZV009BLI/AAAAAAAAAM8/wBLNwzsFKzg/s72-c/majlis+pn+copy.jpg
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2009/08/majlis-perpisahan-pnnormah.html
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2009/08/majlis-perpisahan-pnnormah.html
true
1398628480466740783
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy