SKKMN
| MAKLUMAN | Selamat datang ke Blog Rasmi SK Kg Melayu Niyor Kluang - Mencipta Idea, Menjangkau Kreativiti, Menjana Inspirasi. Famii Hebat Murid Cemerlang Sekolah Gemilang // ❤ Negaraku | Sehati Sejiwa ❤

Majlis Khatam Al-Quran dan Salam Bersalaman Di Ambang Hari Raya

Niyor 17 September - Pada hari ini, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Islam menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Sal...


Niyor 17 September - Pada hari ini, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Islam menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Salam Bersalaman Di Ambang Hari Raya sempena menyambut Hari Raya Adilfitri yang bakal kunjung tiba. Penyelaras Majlis,En.Mohd Faizal Bin Subahar menyatakan bahawa konsep majlis pada tahun ini adalah sama dengan majlis yang diadakan pada tahun lepas kerana pengisiannnya masih relevan dengan tahun ini. Dalam suasana Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma,murid-murid kelihatan bersemangat untuk menjayakan majlis ini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Penyelaras Majlis,En.Mohd Faizal Bin Subahar.

            Seterusnya majlis tersebut diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh penyelaras majlis. Dalam ucapannya,beliau memberi makluman kepada guru-guru serta murid-murid tentang perincian tentatif majlis untuk memberi gambaran serba sedikit tentang perjalanan majlis yang mulia ini. Setelah tamat ucapan penyelaras majlis,En.Mohd Shahril Bin Siran selaku wakil guru besar memberi ucapan sepatah dua kata. Beliau berpesan kepada murid-murid agar mereka perlulah menghayati pengertian sebenar dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini. Murid-murid disaran agar memanfaat sepanjang cuti raya dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah. Di samping itu,beliau juga mengingatkan kembali murid-murid tentang penjagaan diri semasa cuti sekolah ini. Murid-murid dinasihatkan agar berjaga-jaga dengan gejala H1N1 yang mengundang bahaya kepada diri. Walaupun isu penularan H1N1 agar reda sejak akhir-akhir ini namun murid-murid tidak perlu memandang remeh perkara ini. Jangkitan virus ini boleh merebak pada bila-bila masa jika langkah pencegahan seperti membasuh tangan,elak daripada mengunjungi kawasan tumpuan orang ramai dan sebagainya tidak dititikberatkan. Beliau juga mengumumkan bahawa pada 18 September adalah cuti sekolah seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari sebelumnya.

              Setelah tamat ucapan wakil Guru Besar,wakil PIBG En.Kamaruzaman Bin Sahir pula membuatkan ucapan yang serba ringkas seterusnya merasmikan majlis tersebut. Perasmian majlis ini berjalan dengan lancar dan kemuncak majlis telah bermula. Murid-murid yang mengambil bahagian dalam majlis ini,mengisi ruang di bahagian hadapan pentas,untuk membaca surah Ad-Dhuhaa hingga surah Al-Falaq. Pada surah terakhir,Surah An-Naas,surah ini telah dibaca oleh En.Mohd Faizal Bin Subahar,seterusnya mengetuai bacaan zikir dan doa khatam Al-Quran. En.Mohd Faizal Bin Subahar mangalunkan bacaan zikir serta doa dengan tenang dan lancar. Tamat bacaan doa,penyampaian bunga telur pula dilangsungkan. Bunga telur diberikan kepada semua murid-murid sebagai tanda syukur ke hadrat illahi dengan rahmat yang diberiNya,pihak sekolah dapat menjayakan majlis ini dengan sempurna,alhamdullillah.

             Majlis seperti biasa diterusnya dengan program terakhir iaitu program salam bersalaman antara guru-guru dengan murid-murid. Program ini memberi peluang kepada warga SKKMN memberi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta memohon maaf antara satu sama lain. Dengan bersurainya majlis ini,diharapkan murid-murid mendapat manfaat secara total bagi melahirkan murid-murid SKKMN yang berilmu,beramal dan menjadikan insan yang berguna pada masa hadapan,InsyaALLAH.



Dilaporkan oleh SKKMNnews09 untuk SKKMNweb09

copyright2009©news_Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Niyor
Name

Akademik,1,Aktiviti,15,Alumni,1,APC,2,Astro TutorTV,2,bahan,1,Berita,118,Bola Tampar,3,Buku Program,1,Cuti,5,Dialog,1,Disiplin,10,Edutainment,1,Exco,1,Frog VLE,5,Gerhana,1,Guru Besar,4,Hari Guru,9,Hari Kanak-Kanak,2,Hari Kebangsaan,1,Hari Lahir,6,Hari Sukan Negara,1,Hasil Kerja,1,Hebahan,31,HEM,4,ICT,5,Info,2,Infografik,13,Insfrastruktur,1,Islamik,1,Isu Semasa,7,Jabatan Penerangan Negeri Johor Cawangan Kluang,1,JCORP,1,JPN Johor,9,JPNJ,2,Kad Muafakat Johor,1,KEBIRU,9,Keselamatan,1,Kesihatan,5,Kluang,1,KMJ,2,Kokurikulum,8,Kolaboratif,1,Komuniti,24,KPM,3,Kurikulum,2,Kursus,1,Lawatan,3,LINUS,1,Majlis,2,MB Johor,2,Memanah,1,Memasak,1,Mewarna,1,MSSZ,1,Mukim Niyor,2,Murid,11,NILAM,1,PAK21,2,Pameran,3,PBPPP,1,Pelancaran,1,Pendidikan,8,Pengambaran,1,Peperiksaan,25,Perkhemahan,6,Perkhidmatan,3,Persaraan,2,Pertandingan,1,Pesanan Khidmat Masyarakat,1,Pesta Buku,1,PIBG,4,PIBK,6,PPD Kluang,24,PPPM 2013-2025,1,Prasekolah,2,Profil,6,Program,3,PSS,1,Qari Johor,1,RIMUP,2,Rohani,1,Sambutan,1,Sambutan Kemerdekaan,3,Sarana,1,Sehati Sejiwa,3,Seminar,3,SK Kampong Chamek,2,SKKMN,8,SKPM,1,Solat Hajat Perdana,1,SPBT,1,SPS,1,Sukan,30,Surau,4,Sync,1,Tabung Haji,1,Taekwando,1,Tahun 6,2,Team Johor,1,Tips,5,TKRS,2,Tuan Haji Wahab bin Amat,1,UPSR,18,Video,2,YaPEIM,1,
ltr
item
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035: Majlis Khatam Al-Quran dan Salam Bersalaman Di Ambang Hari Raya
Majlis Khatam Al-Quran dan Salam Bersalaman Di Ambang Hari Raya
http://1.bp.blogspot.com/_8puRTOwMgW8/SsKt_mbWoHI/AAAAAAAAAWw/2d1An-vuU1U/s320/khatam+al-quran.png
http://1.bp.blogspot.com/_8puRTOwMgW8/SsKt_mbWoHI/AAAAAAAAAWw/2d1An-vuU1U/s72-c/khatam+al-quran.png
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2009/09/majlis-khatam-al-quran-dan-salam.html
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2009/09/majlis-khatam-al-quran-dan-salam.html
true
1398628480466740783
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy