SKKMN
| MAKLUMAN | Selamat datang ke Blog Rasmi SK Kg Melayu Niyor Kluang - Mencipta Idea, Menjangkau Kreativiti, Menjana Inspirasi. Famii Hebat Murid Cemerlang Sekolah Gemilang // ❤ Negaraku | Sehati Sejiwa ❤

Majlis Penyerahan Ilmu 2009

Niyor 4 September - Sempena peperiksaan UPSR 2009 yang semakin hampir iaitu 4 hari lagi,pihak sekolah telah mengambil insiatif dengan men...


Niyor 4 September - Sempena peperiksaan UPSR 2009 yang semakin hampir iaitu 4 hari lagi,pihak sekolah telah mengambil insiatif dengan mengadakan Majlis Penyerahan Ilmu. Majlis ini memberi peluang kepada guru-guru memberi pesanan terakhir serta kata-kata perangsang sebelum murid-murid menghadapi peperiksaan. Suasana pada pagi  ini yang dingin kerana hujan pada sebelah awal pagi telah menimbulkan suasana yang tenang,sesuai dengan majlis seperti ini. Majlis ini seperti biasa dihadiri oleh semua guru sekolah ini bagi sama-sama memberi semangat dan restu kepada murid-murid.

       Sebelum majlis ini berlangsung seperti rutin mingguan,murid-murid tahap dua khususnya,telah melakukan solat hajat serta membaca surah yasin bagi menghormati penghulu segala hari ini serta memohon kejayaan dan kesejahteraan hidup warga sekolah serta umat islam yang lain.  Solat hajat dan bacaan yasin diketuai oleh Ustaz Mohd Faizal Bin Subahar. Selepas tamat solat hajat dan bacaan yasin,murid-murid tahun enam dijemput ke kelas mereka kerana Majlis Penyerahan Ilmu 2009 akan berlangsung disana. Lokasi majlis sebelum ini,seperti dirancang akan diadakan di kantin sekolah. Namun menurut guru penyelaras,Puan Siti Zaharah Binti Md.Nafidah, "Lokasi majlis ini diubah ke kelas tahun enam kerana faktor hujan yang turun pada sebelah awal pagi. Maka dalam keadaan lantai yang agak basah,ia tidak sesuai majlis ini diadakan disana. Apa yang penting,majlis ini mesti berjalan seperti yang dirancang kerana majlis ini perlu untuk menaikan moral murid-murid tahun enam",katanya.

      Majlis ini telah dipengerusikan oleh Puan Siti Hawa Binti Shariff. Pengerusi majlis memulakan acara dengan memberi kata-kata penghargaan kepada tuan guru besar,guru kanan,guru-guru dan murid-murid yang diraikan. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Faizal Bin Subahar. Setelah doa diaminkan,Pengerusi Majlis menjemput Tuan Guru Besar untuk memberi amanat kepada murid-murid. Dalam ucapannya,Tuan Guru Besar  menyeru kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan agar lebih bersedia dan berkeyakinan dalam menghadapinya. Katanya lagi " ...murid-murid boleh mengambil insiatif  sendiri dengan melayari internet di pusat akses sekolah untuk mencari tips-tips menghadapi peperiksaan agar murid-murid mendapat panduan yang berguna disaat hari-hari terakhir menghadapi peperiksaan ini..." . Tuan Guru Besar juga memberi kata-kata ingatan supaya murid-murid lebih menumpukan kepada peperiksaan daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain mercun,meriam buluh dan sebagainya.

     Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan amanat oleh guru-guru matapelajaran dan guru lain. Selepas tamat ucapan amanat dari semua guru,murid-murid bertemu dengan semua guru untuk meminta restu dan doa agar mereka berjaya dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi beberapa hari lagi. InsyaALLAH.


Dilaporkan oleh SKKMNnews09 untuk SKKMNweb09

copyright2009©news_Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Niyor
Name

Akademik,1,Aktiviti,15,Alumni,1,APC,2,Astro TutorTV,2,bahan,1,Berita,118,Bola Tampar,3,Buku Program,1,Cuti,5,Dialog,1,Disiplin,10,Edutainment,1,Exco,1,Frog VLE,5,Gerhana,1,Guru Besar,4,Hari Guru,9,Hari Kanak-Kanak,2,Hari Kebangsaan,1,Hari Lahir,6,Hari Sukan Negara,1,Hasil Kerja,1,Hebahan,31,HEM,4,ICT,5,Info,2,Infografik,13,Insfrastruktur,1,Islamik,1,Isu Semasa,7,Jabatan Penerangan Negeri Johor Cawangan Kluang,1,JCORP,1,JPN Johor,9,JPNJ,2,Kad Muafakat Johor,1,KEBIRU,9,Keselamatan,1,Kesihatan,5,Kluang,1,KMJ,2,Kokurikulum,8,Kolaboratif,1,Komuniti,24,KPM,3,Kurikulum,2,Kursus,1,Lawatan,3,LINUS,1,Majlis,2,MB Johor,2,Memanah,1,Memasak,1,Mewarna,1,MSSZ,1,Mukim Niyor,2,Murid,11,NILAM,1,PAK21,2,Pameran,3,PBPPP,1,Pelancaran,1,Pendidikan,8,Pengambaran,1,Peperiksaan,25,Perkhemahan,6,Perkhidmatan,3,Persaraan,2,Pertandingan,1,Pesanan Khidmat Masyarakat,1,Pesta Buku,1,PIBG,4,PIBK,6,PPD Kluang,24,PPPM 2013-2025,1,Prasekolah,2,Profil,6,Program,3,PSS,1,Qari Johor,1,RIMUP,2,Rohani,1,Sambutan,1,Sambutan Kemerdekaan,3,Sarana,1,Sehati Sejiwa,3,Seminar,3,SK Kampong Chamek,2,SKKMN,8,SKPM,1,Solat Hajat Perdana,1,SPBT,1,SPS,1,Sukan,30,Surau,4,Sync,1,Tabung Haji,1,Taekwando,1,Tahun 6,2,Team Johor,1,Tips,5,TKRS,2,Tuan Haji Wahab bin Amat,1,UPSR,18,Video,2,YaPEIM,1,
ltr
item
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035: Majlis Penyerahan Ilmu 2009
Majlis Penyerahan Ilmu 2009
http://2.bp.blogspot.com/_8puRTOwMgW8/SsRQffEatsI/AAAAAAAAAXQ/keRFOWrC-9s/s400/majlis+penyerahan+ilmu+2009+2+copy.jpg
http://2.bp.blogspot.com/_8puRTOwMgW8/SsRQffEatsI/AAAAAAAAAXQ/keRFOWrC-9s/s72-c/majlis+penyerahan+ilmu+2009+2+copy.jpg
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2009/09/majlis-penyerahan-ilmu-2009.html
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2009/09/majlis-penyerahan-ilmu-2009.html
true
1398628480466740783
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy