SKKMN
| MAKLUMAN | Selamat datang ke Blog Rasmi SK Kg Melayu Niyor Kluang - Mencipta Idea, Menjangkau Kreativiti, Menjana Inspirasi. Famii Hebat Murid Cemerlang Sekolah Gemilang // ❤ Negaraku | Sehati Sejiwa ❤

Majlis Pelancaran Kelas Tuisyen PIBG dan SBT

Niyor - Majlis pelancaran ini bermula pada pukul 8.00 malam hari ini. Pelancaran kelas tuisyen PIBG dan SBT diadakan untuk memberi pendedaha...

Niyor - Majlis pelancaran ini bermula pada pukul 8.00 malam hari ini. Pelancaran kelas tuisyen PIBG dan SBT diadakan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa dan murid-murid dalam memastikan kecemerlangan sekolah berterusan. Objektif kelas PIBG dan SBT ini diwujudkan adalah untuk memberi kelas bimbingan tambahan atau tuisyen kepada murid miskin yang lemah dalam matapelajaran Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Matematik, dan Sains bagi membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam matapelajaran berkenaan.

Matlamat kelas tuisyen ini pula adalah untuk memastikan semua murid diberi peluang belajar dan dapat menguasai semua matapelajaran sekurang-kurangnya lulus minima gred C,membantu meningkatkan pencapaian keseluruhan matapelajaran diperingkat sekolah dan membantu pelajar yang kurang kemampuan bersaing dengan pelajar-pelajar lain. Majlis perlancaran ini bermula dengan pendaftaran ibu bapa iaitu tepat pukul 8.00 malam. Pada pukul 8.40 malam bacaan doa disampaikan oleh  En Mohd Faizal Bin Subahar bagi memberkati majlis yang diadakan ini. Setelah tamat bacaaan doa,Cik Suofiah Binti Abdul Rahman selaku pengacara majlis memulakan majlis dengan menjemput tuan guru besar,Pn Hjh Mapidon Binti Hj Samsudin untuk memberi ucapan tentang majlis pelancaran ini. Dalam ucapannya,beliau menekankan aspek kesedaran dan kemenjadian murid-murid dalam memastikan kecemerlangan hakiki menjadi milik mereka. Setelah tamat ucapan guru besar,pengacara majlis menjemput tetamu jemputan untuk memberi kata-kata perangsang kepada ibu bapa dalam membantu pihak sekolah merealisikan kejayaan bersama dengan sentiasa memotivasikan anak-anak mereka kerana motivasi adalah perlu disampaikan secara berterusan. Kemudian majlis diteruskan dengan pembentangan program tahun 6 sepanjang tahun 2010 yang disampaikan oleh En. Kamaruzaman Binti Sahir,Guru GPK1. Pembentangan beliau berkisarkan kepada program-program yang bakal dijalankan oleh pihak sekolah bermula dari awal tahun hinggalah kepada bulan peperiksaan UPSR. Setelah pembentangan program tahun enam selesait,giliran guru penyelaras peperiksaan,Pn Siti Hawa Binti Shariff untuk memberi penerangan kepada ibu bapa dan murid tentang headcount murid-murid tahun 6. Ibu bapa dapat menilai prestasi anak-anak mereka setiap peperiksaan yang telah dilalui sejak berada di tahun 5 melalui pembentangan headcount ini. Dalam pembentangan headcount tersebut,maklumat lengkap tentang prestasi murid-murid dalam peperiksaan dipaparkan kepada ibu bapa secara terus menerus. Setelah tamat pembentangan headcount,majlis diteruskan dengan program 'Aku Janji Murid'. Ikrar 'Aku Janji Murid' ini diketuai oleh Ketua Pengawas,Adik Nurulaina Binti Jasni. Dengan bacaan ikrar tersebut diharap,murid-murid dapat memberi semangat dan azam yang tinggi dalam mencapai kejayaan pada peperiksaan yang akan datang. Sesi dialog pula diadakan setelah tamat bacaan ikrar tersebut bagi memberi peluang kepada murid-murid mahupun ibu bapa untuk mengemukakan persoalan-persoalan yang belum terjawab atau masih kurang jelas dan cadangan tentang kelas tuisyen yang akan dijalankan ini. Sesi dialog ini tamat pada pukul 10.30 malam,kemudian ibu bapa dijemput untuk minum malam di kantin sekolah. Majlis tamat sekitar pukul 11.00 malam. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK majlis yang bertungkus-lumus menjayakan majlis dengan baik.



Image Hosted by ImageShack.us
Name

Akademik,1,Aktiviti,15,Alumni,1,APC,2,Astro TutorTV,2,bahan,1,Berita,118,Bola Tampar,3,Buku Program,1,Cuti,5,Dialog,1,Disiplin,10,Edutainment,1,Exco,1,Frog VLE,5,Gerhana,1,Guru Besar,4,Hari Guru,9,Hari Kanak-Kanak,2,Hari Kebangsaan,1,Hari Lahir,6,Hari Sukan Negara,1,Hasil Kerja,1,Hebahan,31,HEM,4,ICT,5,Info,2,Infografik,13,Insfrastruktur,1,Islamik,1,Isu Semasa,7,Jabatan Penerangan Negeri Johor Cawangan Kluang,1,JCORP,1,JPN Johor,9,JPNJ,2,Kad Muafakat Johor,1,KEBIRU,9,Keselamatan,1,Kesihatan,5,Kluang,1,KMJ,2,Kokurikulum,8,Kolaboratif,1,Komuniti,24,KPM,3,Kurikulum,2,Kursus,1,Lawatan,3,LINUS,1,Majlis,2,MB Johor,2,Memanah,1,Memasak,1,Mewarna,1,MSSZ,1,Mukim Niyor,2,Murid,11,NILAM,1,PAK21,2,Pameran,3,PBPPP,1,Pelancaran,1,Pendidikan,8,Pengambaran,1,Peperiksaan,25,Perkhemahan,6,Perkhidmatan,3,Persaraan,2,Pertandingan,1,Pesanan Khidmat Masyarakat,1,Pesta Buku,1,PIBG,4,PIBK,6,PPD Kluang,24,PPPM 2013-2025,1,Prasekolah,2,Profil,6,Program,3,PSS,1,Qari Johor,1,RIMUP,2,Rohani,1,Sambutan,1,Sambutan Kemerdekaan,3,Sarana,1,Sehati Sejiwa,3,Seminar,3,SK Kampong Chamek,2,SKKMN,8,SKPM,1,Solat Hajat Perdana,1,SPBT,1,SPS,1,Sukan,30,Surau,4,Sync,1,Tabung Haji,1,Taekwando,1,Tahun 6,2,Team Johor,1,Tips,5,TKRS,2,Tuan Haji Wahab bin Amat,1,UPSR,18,Video,2,YaPEIM,1,
ltr
item
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035: Majlis Pelancaran Kelas Tuisyen PIBG dan SBT
Majlis Pelancaran Kelas Tuisyen PIBG dan SBT
http://4.bp.blogspot.com/_8puRTOwMgW8/S4saarOglkI/AAAAAAAAAvU/vQrEwSZzXQ8/s320/majlis+pelancaran.jpg
http://4.bp.blogspot.com/_8puRTOwMgW8/S4saarOglkI/AAAAAAAAAvU/vQrEwSZzXQ8/s72-c/majlis+pelancaran.jpg
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2010/02/majlis-pelancaran-kelas-tuisyen-dan-sbt.html
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2010/02/majlis-pelancaran-kelas-tuisyen-dan-sbt.html
true
1398628480466740783
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy