SKKMN
| MAKLUMAN | Selamat datang ke Blog Rasmi SK Kg Melayu Niyor Kluang - Mencipta Idea, Menjangkau Kreativiti, Menjana Inspirasi. Famii Hebat Murid Cemerlang Sekolah Gemilang // ❤ Negaraku | Sehati Sejiwa ❤

Pemeriksaan Kesihatan Dan Pemberian Ubat Cacing Oleh Klinik Kesihatan Paloh

Niyor,30 Mac - Klinik Kesihatan Paloh pada hari ini telah mengadakan pemeriksaan kesihatan dan pemberian ubat cacing di Sekolah Kebangsaan K...

Niyor,30 Mac - Klinik Kesihatan Paloh pada hari ini telah mengadakan pemeriksaan kesihatan dan pemberian ubat cacing di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Niyor . Pemeriksaan ini penting bagi memastikan tahap kesihatan murid-murid berada di dalam tahap yang terbaik. Pemeriksaan dan pemberian ubat ini melibatkan murid-murid pra sekolah dan tahun 6.
Info mengenai masalah cacing :


Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara enam hingga tujuh tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.

Cacing yang Popular di Malaysia

  • Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
  • Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
  • Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
  • Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh.. 

Tanda atau Gejala Jangkitan

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-
  • Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  • Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
  • Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
  • Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
  • Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
  • Demam, ruam-ruam badan, alahan
  • Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

Kesan Kecacingan

Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.

Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.
Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah cacing juga kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cerdas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran (Stephenson et al 1998).

Pencegahan dan Rawatan 

Apa yang anda perlu buat :-

  • Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
  • Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah{mosimage}
  • Potong kuku pendek
  • Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
  • Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
  • Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
  • Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
  • Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
  • Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Pemberian Ubat Cacing

Jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006 ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap dijangkiti.

"Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu," katanya.
Ada 2 jenis ubat cacing
  1. Albendazole/mebendazole
    Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya
  2. Pirantel Pamoate
    Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.
[Sumber: [1] Untuk Anda Yang Malas Basuh Tangan, Dr Azwan [2] Pakar Pediatrik, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC) Dr Noor Aziah Shaari dalam artikel Jangkitan cacing ganggu tumbesaran, Tulisan Hafizah Iszahanid, Berita Harian]


Image Hosted by ImageShack.us
Name

Akademik,1,Aktiviti,15,Alumni,1,APC,2,Astro TutorTV,2,bahan,1,Berita,118,Bola Tampar,3,Buku Program,1,Cuti,5,Dialog,1,Disiplin,10,Edutainment,1,Exco,1,Frog VLE,5,Gerhana,1,Guru Besar,4,Hari Guru,9,Hari Kanak-Kanak,2,Hari Kebangsaan,1,Hari Lahir,6,Hari Sukan Negara,1,Hasil Kerja,1,Hebahan,31,HEM,4,ICT,5,Info,2,Infografik,13,Insfrastruktur,1,Islamik,1,Isu Semasa,7,Jabatan Penerangan Negeri Johor Cawangan Kluang,1,JCORP,1,JPN Johor,9,JPNJ,2,Kad Muafakat Johor,1,KEBIRU,9,Keselamatan,1,Kesihatan,5,Kluang,1,KMJ,2,Kokurikulum,8,Kolaboratif,1,Komuniti,24,KPM,3,Kurikulum,2,Kursus,1,Lawatan,3,LINUS,1,Majlis,2,MB Johor,2,Memanah,1,Memasak,1,Mewarna,1,MSSZ,1,Mukim Niyor,2,Murid,11,NILAM,1,PAK21,2,Pameran,3,PBPPP,1,Pelancaran,1,Pendidikan,8,Pengambaran,1,Peperiksaan,25,Perkhemahan,6,Perkhidmatan,3,Persaraan,2,Pertandingan,1,Pesanan Khidmat Masyarakat,1,Pesta Buku,1,PIBG,4,PIBK,6,PPD Kluang,24,PPPM 2013-2025,1,Prasekolah,2,Profil,6,Program,3,PSS,1,Qari Johor,1,RIMUP,2,Rohani,1,Sambutan,1,Sambutan Kemerdekaan,3,Sarana,1,Sehati Sejiwa,3,Seminar,3,SK Kampong Chamek,2,SKKMN,8,SKPM,1,Solat Hajat Perdana,1,SPBT,1,SPS,1,Sukan,30,Surau,4,Sync,1,Tabung Haji,1,Taekwando,1,Tahun 6,2,Team Johor,1,Tips,5,TKRS,2,Tuan Haji Wahab bin Amat,1,UPSR,18,Video,2,YaPEIM,1,
ltr
item
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035: Pemeriksaan Kesihatan Dan Pemberian Ubat Cacing Oleh Klinik Kesihatan Paloh
Pemeriksaan Kesihatan Dan Pemberian Ubat Cacing Oleh Klinik Kesihatan Paloh
http://1.bp.blogspot.com/_8puRTOwMgW8/S7Fqss0752I/AAAAAAAAA0M/jbxEWqMZ3uY/s400/sdfsd.jpg
http://1.bp.blogspot.com/_8puRTOwMgW8/S7Fqss0752I/AAAAAAAAA0M/jbxEWqMZ3uY/s72-c/sdfsd.jpg
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2010/03/pemeriksaan-kesihatan-dan-pemberian.html
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2010/03/pemeriksaan-kesihatan-dan-pemberian.html
true
1398628480466740783
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy