SKKMN
| MAKLUMAN | Selamat datang ke Blog Rasmi SK Kg Melayu Niyor Kluang - Mencipta Idea, Menjangkau Kreativiti, Menjana Inspirasi. Famii Hebat Murid Cemerlang Sekolah Gemilang // ❤ Negaraku | Sehati Sejiwa ❤

Amanat Guru Besar Sempena Cuti Persekolahan Tahun Baru Cina

Kepada Ibu Bapa Penjaga SK KG MELAYU NIYOR. Assalam. Salam muafakat Johor. Kepada rakan-rakan ibu bapa dan penjaga yang dihormati....

Kepada Ibu Bapa Penjaga
SK KG MELAYU NIYOR.

Assalam.
Salam muafakat Johor.

Kepada rakan-rakan ibu bapa dan penjaga yang dihormati.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dalam Hari Penetapan Target Murid Tahun 6 UPSR 2016. Sokongan tuan-tuan telah memberi satu motivasi terutamanya kepada anak-anak kita dan juga kepada guru-guru yang sentiasa memberi komitmen sepenuh bagi memastikan anak-anak tuan-tuan sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dalam pelajaran.

Murid-murid akan mula bercuti pada 5hb Februari 2016 hingga 13hb Februari 2016. Maka terdapat masa yang terluang dan patut diisi dengan belajar dan mengulang kaji topik-topik dalam UPSR. Prihatin dan komitmen ibu bapa bagi memastikan anak-anak belajar dengan memerhatikan dan menyemak serta memberi motivasi dan nasihat kepada anak-anak.

Di sini saya sertakan pesanan daripada guru mata pelajaran untuk ibu bapa agar memesan, mengingatkan dan memastikan tugasan yang diberikan siap sepenuhnya kepada anak-anak tuan-tuan.

BAHASA INGGERIS :
- Latihan tubi kertas 1
- Latihan mengikut topik
- Tumpukan penguasaan pada grammer
   Contoh : subject verb agreement

SAINS :
- Baca buku teks Sains (Peraturan Bilik Sains)
- Murid-murid perlu mengingat Peraturan Bilik Sains untuk membantu Kertas 1 dan Kertas 2.

BAHASA MELAYU :
- Murid perlu siapkan Tugasan dalam buku PBS Bahasa Melayu.
- Baca contoh-contoh karangan, kemudian perlu ingat karangan tersebut, kemudian salin semula karangan tersebut. Setiap karangan ada 6 perenggan.

MATEMATIK
- Setiap murid perlu menguasai Pertukaran Unit.
- Murid perlu menguasai Rumusan (Formula matematik) dan dihafal serta mahir.
- Sifir perlu cekap dan hafal.
- Murid dapat menyiapkan tugasan modul yang diberikan.

NILAI KEAGAMAAN :
- Memastikan anak-anak sembahyang 5 waktu dengan cukup.

- Mengamalkan sunnah-sunnah Rasullulah SAW, seperti sembahyang berjemaah, makan bersama keluarga, memanggil anak-anak dengan sopan, dan pertuturan harian yang bermanfaat.

- Amalkan baca Al Quran, biasakan dengan surah-surah pendek dan jadikan bacaan harian.

- Ajaklah anak-anak dan keluarga kita mengamalkan sembahyang sunat sepertiga malam sebagai amalan harian.
1. Solat sunat wuduk
2. Solat sunat taubat
3. Solat sunat isytiharah
4. Solat sunat tahadjud
5. Solat sunat hajat
6. Solat sunat witir

Dan berdoa kepada Allah SWT agar perbuatan dan amalan kehidupan kita sekeluarga diberkati dan dirahmati.

Semoga juga kehidupan kita dilindungi dengan kesihatan diri yang sihat, rezeki yang banyak, keluarga yang bahagia dan kejayaan anak dalam pelajaran terutama 6A dalam UPSR.

Diharap pesanan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk kejayaan murid-murid, guru dan nama baik SK KG MELAYU NIYOR.

Sekian, terima kasih.

Mencipta Idea, Menjangkau Kreativiti, Menjana Inspirasi.

Daripada :
Nor Zaidi bin Jamiluddin
Guru Besar,
Guru-guru Tahun 6,
Guru-guru,
SK KG MELAYU NIYOR.
Name

Akademik,1,Aktiviti,15,Alumni,1,APC,2,Astro TutorTV,2,bahan,1,Berita,118,Bola Tampar,3,Buku Program,1,Cuti,5,Dialog,1,Disiplin,10,Edutainment,1,Exco,1,Frog VLE,5,Gerhana,1,Guru Besar,4,Hari Guru,9,Hari Kanak-Kanak,2,Hari Kebangsaan,1,Hari Lahir,6,Hari Sukan Negara,1,Hasil Kerja,1,Hebahan,31,HEM,4,ICT,5,Info,2,Infografik,13,Insfrastruktur,1,Islamik,1,Isu Semasa,7,Jabatan Penerangan Negeri Johor Cawangan Kluang,1,JCORP,1,JPN Johor,9,JPNJ,2,Kad Muafakat Johor,1,KEBIRU,9,Keselamatan,1,Kesihatan,5,Kluang,1,KMJ,2,Kokurikulum,8,Kolaboratif,1,Komuniti,24,KPM,3,Kurikulum,2,Kursus,1,Lawatan,3,LINUS,1,Majlis,2,MB Johor,2,Memanah,1,Memasak,1,Mewarna,1,MSSZ,1,Mukim Niyor,2,Murid,11,NILAM,1,PAK21,2,Pameran,3,PBPPP,1,Pelancaran,1,Pendidikan,8,Pengambaran,1,Peperiksaan,25,Perkhemahan,6,Perkhidmatan,3,Persaraan,2,Pertandingan,1,Pesanan Khidmat Masyarakat,1,Pesta Buku,1,PIBG,4,PIBK,6,PPD Kluang,24,PPPM 2013-2025,1,Prasekolah,2,Profil,6,Program,3,PSS,1,Qari Johor,1,RIMUP,2,Rohani,1,Sambutan,1,Sambutan Kemerdekaan,3,Sarana,1,Sehati Sejiwa,3,Seminar,3,SK Kampong Chamek,2,SKKMN,8,SKPM,1,Solat Hajat Perdana,1,SPBT,1,SPS,1,Sukan,30,Surau,4,Sync,1,Tabung Haji,1,Taekwando,1,Tahun 6,2,Team Johor,1,Tips,5,TKRS,2,Tuan Haji Wahab bin Amat,1,UPSR,18,Video,2,YaPEIM,1,
ltr
item
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035: Amanat Guru Besar Sempena Cuti Persekolahan Tahun Baru Cina
Amanat Guru Besar Sempena Cuti Persekolahan Tahun Baru Cina
https://1.bp.blogspot.com/-P_4FRKCNYXE/Vrbnocj-95I/AAAAAAAABdA/06XXTHHEJmM/s320/10660194_895618717172816_7308943032512325908_n.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-P_4FRKCNYXE/Vrbnocj-95I/AAAAAAAABdA/06XXTHHEJmM/s72-c/10660194_895618717172816_7308943032512325908_n.jpg
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2016/02/amanat-guru-besar-sempena-cuti.html
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2016/02/amanat-guru-besar-sempena-cuti.html
true
1398628480466740783
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy