SKKMN
| MAKLUMAN | Selamat datang ke Blog Rasmi SK Kg Melayu Niyor Kluang - Mencipta Idea, Menjangkau Kreativiti, Menjana Inspirasi. Famii Hebat Murid Cemerlang Sekolah Gemilang // ❤ Negaraku | Sehati Sejiwa ❤

El Nino: Sekolah Perlu Dilengkapi Pendingin Hawa

K UALA LUMPUR - Seorang senator hari ini mencadangkan agar bilik darjah di sekolah-sekolah dilengkapi alat pendingin hawa agar sesi pembe...


KUALA LUMPUR - Seorang senator hari ini mencadangkan agar bilik darjah di sekolah-sekolah dilengkapi alat pendingin hawa agar sesi pembelajaran tidak terjejas walaupun ketika fenomena El Nino.

Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata langkah ini bagi memastikan murid dan pelajar dapat menghabiskan sukatan pelajaran terutama yang mengambil peperiksaan dan mengelak sekolah ditutup ketika cuaca panas melampau.
"Bila cuaca panas melampau sekolah tutup, sebelum ini sekolah tutup sebab jerebu, ini El Nino pula, jadi bagaimana anak-anak kita (murid dan pelajar) yang hendak menduduki peperiksaan, cukup belajar.
"Jika tidak cukup bajet, pasang 'air-cond' (pendingin hawa) di kelas yang pelajarnya ambil peperiksaan sahaja," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.

Mohd Suhaimi berkata, kerajaan dan Kementerian Pendidikan harus bersedia mengambil langkah yang perlu kerana fenomena El Nino merupakan kejadian yang boleh diramalkan dan berlaku secara berkala.

Seorang lagi Senator, Datuk Seri Khairudin E.S Abd Samad pula mencadangkan agar pembinaan bangunan yang menggunakan banyak cermin memantulkan haba dikawal untuk mengurangkan suhu panas kawasan persekitaran.
"Kita lihat banyak bangunan sekarang pakai banyak cermin, di dalam mereka 'tinted' supaya sejuk, tapi di luar ia memantulkan haba, suhu akan menjadi lebih panas.
"Jadi kita minta kementerian KPKT (Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) pantau, kalau boleh hentikan pembinaan bangunan cermin pantul haba ini," katanya.
Sementara itu, Shahanim Mohamad Yusoff pula mencadangkan sebuah tabung seperti Tabung Tenaga Boleh Baharu (TBB) bagi industri air untuk membangunkan teknologi baharu dalam menjamin bekalan air sentiasa mencukupi walaupun negara berdepan cuaca panas melampau.

"Wang untuk tabung ini boleh dikutip daripada akaun pengguna air seperti juga pengguna elektrik untuk TBB.

"Hasilnya boleh dibina lebih banyak empangan dan pembangunan teknologi alternatif seperti pengolahan air bawah tanah agar kita tidak menghadapi masalah air apabila El Nino melanda," katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin. – Bernama

Rujukan : Sinar Harian - 21 April 2016
Name

Akademik,1,Aktiviti,15,Alumni,1,APC,2,Astro TutorTV,2,bahan,1,Berita,118,Bola Tampar,3,Buku Program,1,Cuti,5,Dialog,1,Disiplin,10,Edutainment,1,Exco,1,Frog VLE,5,Gerhana,1,Guru Besar,4,Hari Guru,9,Hari Kanak-Kanak,2,Hari Kebangsaan,1,Hari Lahir,6,Hari Sukan Negara,1,Hasil Kerja,1,Hebahan,31,HEM,4,ICT,5,Info,2,Infografik,13,Insfrastruktur,1,Islamik,1,Isu Semasa,7,Jabatan Penerangan Negeri Johor Cawangan Kluang,1,JCORP,1,JPN Johor,9,JPNJ,2,Kad Muafakat Johor,1,KEBIRU,9,Keselamatan,1,Kesihatan,5,Kluang,1,KMJ,2,Kokurikulum,8,Kolaboratif,1,Komuniti,24,KPM,3,Kurikulum,2,Kursus,1,Lawatan,3,LINUS,1,Majlis,2,MB Johor,2,Memanah,1,Memasak,1,Mewarna,1,MSSZ,1,Mukim Niyor,2,Murid,11,NILAM,1,PAK21,2,Pameran,3,PBPPP,1,Pelancaran,1,Pendidikan,8,Pengambaran,1,Peperiksaan,25,Perkhemahan,6,Perkhidmatan,3,Persaraan,2,Pertandingan,1,Pesanan Khidmat Masyarakat,1,Pesta Buku,1,PIBG,4,PIBK,6,PPD Kluang,24,PPPM 2013-2025,1,Prasekolah,2,Profil,6,Program,3,PSS,1,Qari Johor,1,RIMUP,2,Rohani,1,Sambutan,1,Sambutan Kemerdekaan,3,Sarana,1,Sehati Sejiwa,3,Seminar,3,SK Kampong Chamek,2,SKKMN,8,SKPM,1,Solat Hajat Perdana,1,SPBT,1,SPS,1,Sukan,30,Surau,4,Sync,1,Tabung Haji,1,Taekwando,1,Tahun 6,2,Team Johor,1,Tips,5,TKRS,2,Tuan Haji Wahab bin Amat,1,UPSR,18,Video,2,YaPEIM,1,
ltr
item
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035: El Nino: Sekolah Perlu Dilengkapi Pendingin Hawa
El Nino: Sekolah Perlu Dilengkapi Pendingin Hawa
https://4.bp.blogspot.com/-MMl9XaWRcts/Vxji0ki_XUI/AAAAAAAAA-w/8RDfyRIUBkIdqKiwDebagu9ly8DRxCKxACLcB/s640/image.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-MMl9XaWRcts/Vxji0ki_XUI/AAAAAAAAA-w/8RDfyRIUBkIdqKiwDebagu9ly8DRxCKxACLcB/s72-c/image.jpg
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2016/04/el-nino-sekolah-perlu-dilengkapi.html
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2016/04/el-nino-sekolah-perlu-dilengkapi.html
true
1398628480466740783
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy