SKKMN
| MAKLUMAN | Selamat datang ke Blog Rasmi SK Kg Melayu Niyor Kluang - Mencipta Idea, Menjangkau Kreativiti, Menjana Inspirasi. Famii Hebat Murid Cemerlang Sekolah Gemilang // ❤ Negaraku | Sehati Sejiwa ❤

Buku Pengurusan Kawalan Bilik Darjah Bantu Pantau Disiplin Murid

Konsep Pengurusan Bilik Darjah  Pengurusan kawalan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk meng...


Konsep Pengurusan Bilik Darjah 

Pengurusan kawalan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja, mengurus murid- murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengurusan Kawalan Bilik Darjah 

Untuk melaksanakan peranan pengurus yang berkesan, iklim persekitaran bilik darjah perlu dikenalpasti dan faktor-faktor yang boleh membantu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada suasana tersebut. Catatan kehadiran dan salah laku murid ditulis supaya murid dapat dipantau dari masa ke semasa akan perubahan yang beliau perlu lakukan untuk kearah yang lebih baik. Impaknya, murid akan lebih cenderung melakukan sesuatu yang baik supaya beliau tidak disenarai dalam buku pengurusan kawalan bilik darjah tersebut.

Contoh Buku Pengurusan Kawalan Bilik Darjah

Pengurusan Disiplin Lebih Teratur 

Selain keberkesanan persekitaran positif yang dicipta dan implimentasi pelbagai teknik pengajaran dalam bilik darjah, terdapat tingkah laku mengganggu murid yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, sistem pengurusan disiplin dalam bilik darjah ini amat penting supaya setiap murid lebih sedar akan setiap pelakuannya. Antara tindakan yang telah dilakukan untuk memastikan disiplin murid sentiasa ditahap yang terbaik adalah
  1. Rutin penggunaan bilik darjah diurus dengan berkesan
  2. Murid diajar untuk membina hubungan rakan sebaya yang sihat melalui aktiviti kolaboratif dalam dan luar bilik darjah 
  3. Persekitaran pembelajaran yang dibina boleh memberi sokongan dan pertimbangkan perbezaan individu murid dalam situasi pengajaran dan pembelajaran 
  4. Murid sentiasa diingatkan tentang akibat salah laku yang telah dilakukan
  5. Mewujudkan perhatian dan motivasi dalam bilik darjah 
  6. Semua murid akan dilibatkan dalam semua aktiviti pengajaran 

Mempraktik Strategi Disiplin Yang Sesuai 

Isu mengekalkan strategi disiplin yang sesuai amat penting untuk mengurus tingkah laku murid bermasalah. Kemahiran penyelesaian masalah dalam bentuk yang lebih positif dan cepat yang telah dilakukan oleh guru-guru di SK Kg Melayu Niyor, Kluang adalah :
  1. Mesra, peribadi dan rela mendampingkan diri dengan murid
  2. Uruskan tingkah laku spesifik yang terkini
  3. Membantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah lakunya
  4. Membuat perancangan untuk perubahan tingkah laku murid
  5. Mengalakkan komitmen murid untuk menjalankan setiap rancangan
  6. Tindakan susulan dalam dilihat berdasarkan keberkesanan setiap perancangan
  7. Tidak menghukum murid dengan bersikap negatif dan tidak terima sebarang alasan jika tingkah laku yang dilakukan masih berterusan.



Name

Akademik,1,Aktiviti,15,Alumni,1,APC,2,Astro TutorTV,2,bahan,1,Berita,118,Bola Tampar,3,Buku Program,1,Cuti,5,Dialog,1,Disiplin,10,Edutainment,1,Exco,1,Frog VLE,5,Gerhana,1,Guru Besar,4,Hari Guru,9,Hari Kanak-Kanak,2,Hari Kebangsaan,1,Hari Lahir,6,Hari Sukan Negara,1,Hasil Kerja,1,Hebahan,31,HEM,4,ICT,5,Info,2,Infografik,13,Insfrastruktur,1,Islamik,1,Isu Semasa,7,Jabatan Penerangan Negeri Johor Cawangan Kluang,1,JCORP,1,JPN Johor,9,JPNJ,2,Kad Muafakat Johor,1,KEBIRU,9,Keselamatan,1,Kesihatan,5,Kluang,1,KMJ,2,Kokurikulum,8,Kolaboratif,1,Komuniti,24,KPM,3,Kurikulum,2,Kursus,1,Lawatan,3,LINUS,1,Majlis,2,MB Johor,2,Memanah,1,Memasak,1,Mewarna,1,MSSZ,1,Mukim Niyor,2,Murid,11,NILAM,1,PAK21,2,Pameran,3,PBPPP,1,Pelancaran,1,Pendidikan,8,Pengambaran,1,Peperiksaan,25,Perkhemahan,6,Perkhidmatan,3,Persaraan,2,Pertandingan,1,Pesanan Khidmat Masyarakat,1,Pesta Buku,1,PIBG,4,PIBK,6,PPD Kluang,24,PPPM 2013-2025,1,Prasekolah,2,Profil,6,Program,3,PSS,1,Qari Johor,1,RIMUP,2,Rohani,1,Sambutan,1,Sambutan Kemerdekaan,3,Sarana,1,Sehati Sejiwa,3,Seminar,3,SK Kampong Chamek,2,SKKMN,8,SKPM,1,Solat Hajat Perdana,1,SPBT,1,SPS,1,Sukan,30,Surau,4,Sync,1,Tabung Haji,1,Taekwando,1,Tahun 6,2,Team Johor,1,Tips,5,TKRS,2,Tuan Haji Wahab bin Amat,1,UPSR,18,Video,2,YaPEIM,1,
ltr
item
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035: Buku Pengurusan Kawalan Bilik Darjah Bantu Pantau Disiplin Murid
Buku Pengurusan Kawalan Bilik Darjah Bantu Pantau Disiplin Murid
https://1.bp.blogspot.com/-ZG6hAjAAmLQ/WgKy5Iv9J8I/AAAAAAAACsE/rwKZrlflE2wgLh7uzgDQa9whuA4GaB76ACLcBGAs/s640/buku%2Bkawalan%2Bbilik%2Bdarjah%2Bbantu%2Bpantau%2Bdisiplin%2Bmurid.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-ZG6hAjAAmLQ/WgKy5Iv9J8I/AAAAAAAACsE/rwKZrlflE2wgLh7uzgDQa9whuA4GaB76ACLcBGAs/s72-c/buku%2Bkawalan%2Bbilik%2Bdarjah%2Bbantu%2Bpantau%2Bdisiplin%2Bmurid.jpg
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2017/11/buku-pengurusan-kawalan-bilik-darjah.html
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2017/11/buku-pengurusan-kawalan-bilik-darjah.html
true
1398628480466740783
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy