SKKMN
| MAKLUMAN | Selamat datang ke Blog Rasmi SK Kg Melayu Niyor Kluang - Mencipta Idea, Menjangkau Kreativiti, Menjana Inspirasi. Famii Hebat Murid Cemerlang Sekolah Gemilang // ❤ Negaraku | Sehati Sejiwa ❤

Info Perkhemahan Bersepadu dan Kerjaya 2017

Infografik Perkhemahan Bersepadu dan Kerjaya Tahun 2017 Niyor, 9 November - Perkhemahan Bersepadu dan Kerjaya tahun ini akan diadakan p...

Infografik Perkhemahan Bersepadu dan Kerjaya Tahun 2017
Niyor, 9 November - Perkhemahan Bersepadu dan Kerjaya tahun ini akan diadakan pada 10 hingga 11 November yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Kg Melayu Niyor, Kluang. Guru Penolong Kanan Korikulum, Cik Suofiah binti Abdul Rahman menegaskan pemilihan tema tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun yang lepas kerana beliau inginkan satu pembaharuan dalam perkhemahan kali ini. 
" Pendedahan kerjaya di kalangan murid merupakan suatu perkara yang amat penting supaya bidang yang dipilih merupakan pilihan yang tepat untuk kejayaan masa depan." ujarnya.
Sedikit kupasan mengenai kerjaya yang boleh dihuraikan disini adalah pengetahuan dan panduan berkenaan skop kerjaya perlu didedahkan kepada murid sejak awal persekolahan. Ini bagi memberi peluang kepada murid untuk cenderung kepada minat mereka. Perkembangan ekonomi yang pesat telah menjana pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia pada masa ini. Setiap individu mempunyai pilihan tersendiri dalam memilih kerjaya yang bersesuaian dan boleh mendatangkan jaminan kepada mereka pada masa hadapan. Kerjaya ibarat penentu dalam menentukan sama ada seseorang itu berjaya dalam hidupnya atau sebaliknya.
"Setiap individu mempunyai kecenderungan dan minat yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Begitu juga dalam pemilihan kerjaya, pilihan yang tepat perlu dibuat supaya tidak menyesal di kemudian hari." Setiausaha Program, Ustaz Amir Syarifuddin bin Mohd Salleh.
Pemilihan kerjaya yang tepat dapat memberikan keseronokan dan kepuasan kepada setiap orang. Sebaliknya, pemilihan kerjaya yang kurang tepat boleh mendatangkan rasa bosan malah boleh memusnahkan masa depan seseorang. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang mengambil kira faktor-faktor yang boleh memberikan kebaikan kepada mereka terhadap kerjaya yang dipilih.

Untuk perkhemahan kali ini, pihak penganjur menjemput tiga skop kerjaya yang ada di pasaran pekerjaan negara kita kini iaitu badan beruniform ; Bomba, usahawan ; Peniaga Sate dan perkhidmatan latihan ; Akademi Memanah Talhah. Pendedahan yang efektif akan diberikan kepada murid untuk memberi mereka lebih berkeyakinan. Setiap murid sebenarnya mempunyai peluang pekerjaan jika mereka memilih laluan pengajian yang betul berdasarkan kebolehan mereka sendiri, seterusnya akan menempuh alam pekerjaan dengan kejayaan
"Pelibatan pihak jemputan ini juga sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, anjakan 11 iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta. Pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan peranan PIBK bagi membantu perjalanan setiap program di sekolah." Guru Besar, Pn. Zullatulaili binti Bachok.
PIBK SK Kg Melayu Niyor tidak jemu membantu program-program di sekolah, pihak pentadbir yakin sekolah akan terus mara kehadapan dengan kejayaan demi kejayaan. Peranan PIBK yang aktif, inilah kelebihan yang ada di SK Kg Melayu Niyor. Aktiviti rutin perkhemahan tahunan diteruskan seperti biasa. Murid-murid akan diberi peluang untuk menyertai setiap program yang telah disusun atur.

#Respect
#PIBKSKKgMelayuNiyor
#MuafakatItuBerkat
#MuafakatJohor

Name

Akademik,1,Aktiviti,15,Alumni,1,APC,2,Astro TutorTV,2,bahan,1,Berita,118,Bola Tampar,3,Buku Program,1,Cuti,5,Dialog,1,Disiplin,10,Edutainment,1,Exco,1,Frog VLE,5,Gerhana,1,Guru Besar,4,Hari Guru,9,Hari Kanak-Kanak,2,Hari Kebangsaan,1,Hari Lahir,6,Hari Sukan Negara,1,Hasil Kerja,1,Hebahan,31,HEM,4,ICT,5,Info,2,Infografik,13,Insfrastruktur,1,Islamik,1,Isu Semasa,7,Jabatan Penerangan Negeri Johor Cawangan Kluang,1,JCORP,1,JPN Johor,9,JPNJ,2,Kad Muafakat Johor,1,KEBIRU,9,Keselamatan,1,Kesihatan,5,Kluang,1,KMJ,2,Kokurikulum,8,Kolaboratif,1,Komuniti,24,KPM,3,Kurikulum,2,Kursus,1,Lawatan,3,LINUS,1,Majlis,2,MB Johor,2,Memanah,1,Memasak,1,Mewarna,1,MSSZ,1,Mukim Niyor,2,Murid,11,NILAM,1,PAK21,2,Pameran,3,PBPPP,1,Pelancaran,1,Pendidikan,8,Pengambaran,1,Peperiksaan,25,Perkhemahan,6,Perkhidmatan,3,Persaraan,2,Pertandingan,1,Pesanan Khidmat Masyarakat,1,Pesta Buku,1,PIBG,4,PIBK,6,PPD Kluang,24,PPPM 2013-2025,1,Prasekolah,2,Profil,6,Program,3,PSS,1,Qari Johor,1,RIMUP,2,Rohani,1,Sambutan,1,Sambutan Kemerdekaan,3,Sarana,1,Sehati Sejiwa,3,Seminar,3,SK Kampong Chamek,2,SKKMN,8,SKPM,1,Solat Hajat Perdana,1,SPBT,1,SPS,1,Sukan,30,Surau,4,Sync,1,Tabung Haji,1,Taekwando,1,Tahun 6,2,Team Johor,1,Tips,5,TKRS,2,Tuan Haji Wahab bin Amat,1,UPSR,18,Video,2,YaPEIM,1,
ltr
item
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035: Info Perkhemahan Bersepadu dan Kerjaya 2017
Info Perkhemahan Bersepadu dan Kerjaya 2017
https://3.bp.blogspot.com/-IVbl1P4CHao/WgQVYG8sHnI/AAAAAAAACsg/99pM-lXME-Q0ROjIw-7pO9_KdHpPZkxOQCLcBGAs/s640/20171110%2B-%2BPERKHEMAHAN%2BBERSEPADU.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-IVbl1P4CHao/WgQVYG8sHnI/AAAAAAAACsg/99pM-lXME-Q0ROjIw-7pO9_KdHpPZkxOQCLcBGAs/s72-c/20171110%2B-%2BPERKHEMAHAN%2BBERSEPADU.jpg
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2017/11/info-perkhemahan-bersepadu-dan-kerjaya.html
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2017/11/info-perkhemahan-bersepadu-dan-kerjaya.html
true
1398628480466740783
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy