SKKMN
| MAKLUMAN | Selamat datang ke Blog Rasmi SK Kg Melayu Niyor Kluang - Mencipta Idea, Menjangkau Kreativiti, Menjana Inspirasi. Famii Hebat Murid Cemerlang Sekolah Gemilang // ❤ Negaraku | Sehati Sejiwa ❤

Team Respect SK Kg Melayu Niyor Sertai Pameran Seminar Muafakat PIBG Negeri Johor 2017

Segamat, 02 November -  SK Kg Melayu Niyor, Kluang telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk membuat pameran...


Segamat, 02 November -  SK Kg Melayu Niyor, Kluang telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk membuat pameran sempena Seminar Muafakat PIBG Peringkat Negeri Johor bersama 4 sekolah lain iaitu SK Desa Temu Jodoh; Segamat, SK Bandar Putra; Segamat, SK Kampung Kudung; Segamat dan SK (P) Sultan Ibrahim; Johor Bahru. Tema pameran dari Team Respect SK Kg Melayu Niyor, Kluang adalah berasaskan konsep Amalan Terbaik Disiplin di sekolah.

Exco Alam Sekitar, Kesihatan, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat telah merasmikan Seminar Muafakat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Negeri Johor 2017 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jagoh pada kali ini dan turut hadir ialah Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim; Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim serta Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Shaharuddin Sharif. 

Dalam ucapan perasmiannya, beliau amat mengalu-alukan peranan alumni setiap sekolah yang telah berjaya dalam pelbagai bidang sama ada di dalam atau di luar negara, tampil ke hadapan untuk berkolaboratif serta menyumbang sesuatu terutama kepada sekolah dan PIBG.

 "Alumni tidak sepatutnya lupa dengan budi yang ditabur oleh kerajaan sehingga membolehkan mereka berjaya dalam hidup dan mempunyai kerjaya baik. Mereka seharusnya membalas jasa itu dengan menyokong atau membantu sekolah dan PIBG apabila diperlukan.
"Usaha yang dilakukan oleh alumni seperti yang terdapat di negara asing patut dicontohi di negara ini dengan bukan setakat berbakti dengan mengeluarkan pelbagai bantuan sebaiknya termasuk membina bangunan untuk keperluan pelajar yang sedang belajar di situ,” katanya. 

Negeri Johor sahaja mempunyai 1,182 PIBG maka penglibatan komuniti dalam membantu kecemerlangan sekolah juga amat penting bagi memberi ruang kepada guru-guru untuk lebih fokus terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) kepada murid.

Selepas merasmikan majlis, Datuk Ayub Rahmat mengunjungi booth-booth di tapak pameran termasuk booth Team Respect SK Kg Melayu Niyor. Dalam sesi kunjungan tersebut, pihak sekolah sempat menerangkan beberapa perkara berkenaan fungsi PIBG di sekolah ini sehingga merangkul 2 anugerah dalam Pertandingan Amalan Terbaik Disiplin Peringkat Kebangsaan 2017 di Nusajaya. Team Resepct turut meminta YB Ayub Rahmat untuk menandatangi buku prosiding Amalan Terbaik Disiplin sebagai tanda sokongan kepada penerbitan buku ini. 

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada JPN Johor, PPD Kluang, pihak penganjur dan semua yang hadir di booth SK Kg Melayu Niyor, Kluang diatas kemudahan serta kerjasama yang diberikan.

Koleksi gambar sepanjang pameran di booth Team Respect SK Kg Melayu Niyor, Kluang :-








































































































Name

Akademik,1,Aktiviti,15,Alumni,1,APC,2,Astro TutorTV,2,bahan,1,Berita,118,Bola Tampar,3,Buku Program,1,Cuti,5,Dialog,1,Disiplin,10,Edutainment,1,Exco,1,Frog VLE,5,Gerhana,1,Guru Besar,4,Hari Guru,9,Hari Kanak-Kanak,2,Hari Kebangsaan,1,Hari Lahir,6,Hari Sukan Negara,1,Hasil Kerja,1,Hebahan,31,HEM,4,ICT,5,Info,2,Infografik,13,Insfrastruktur,1,Islamik,1,Isu Semasa,7,Jabatan Penerangan Negeri Johor Cawangan Kluang,1,JCORP,1,JPN Johor,9,JPNJ,2,Kad Muafakat Johor,1,KEBIRU,9,Keselamatan,1,Kesihatan,5,Kluang,1,KMJ,2,Kokurikulum,8,Kolaboratif,1,Komuniti,24,KPM,3,Kurikulum,2,Kursus,1,Lawatan,3,LINUS,1,Majlis,2,MB Johor,2,Memanah,1,Memasak,1,Mewarna,1,MSSZ,1,Mukim Niyor,2,Murid,11,NILAM,1,PAK21,2,Pameran,3,PBPPP,1,Pelancaran,1,Pendidikan,8,Pengambaran,1,Peperiksaan,25,Perkhemahan,6,Perkhidmatan,3,Persaraan,2,Pertandingan,1,Pesanan Khidmat Masyarakat,1,Pesta Buku,1,PIBG,4,PIBK,6,PPD Kluang,24,PPPM 2013-2025,1,Prasekolah,2,Profil,6,Program,3,PSS,1,Qari Johor,1,RIMUP,2,Rohani,1,Sambutan,1,Sambutan Kemerdekaan,3,Sarana,1,Sehati Sejiwa,3,Seminar,3,SK Kampong Chamek,2,SKKMN,8,SKPM,1,Solat Hajat Perdana,1,SPBT,1,SPS,1,Sukan,30,Surau,4,Sync,1,Tabung Haji,1,Taekwando,1,Tahun 6,2,Team Johor,1,Tips,5,TKRS,2,Tuan Haji Wahab bin Amat,1,UPSR,18,Video,2,YaPEIM,1,
ltr
item
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035: Team Respect SK Kg Melayu Niyor Sertai Pameran Seminar Muafakat PIBG Negeri Johor 2017
Team Respect SK Kg Melayu Niyor Sertai Pameran Seminar Muafakat PIBG Negeri Johor 2017
https://1.bp.blogspot.com/-TLynhB4GXPM/WfwVDW38AzI/AAAAAAAAClE/2sTAHlns-wACc6Qc2XtEJqfur5ZyZQmMACLcBGAs/s640/photo_2017-11-02_11-28-29.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-TLynhB4GXPM/WfwVDW38AzI/AAAAAAAAClE/2sTAHlns-wACc6Qc2XtEJqfur5ZyZQmMACLcBGAs/s72-c/photo_2017-11-02_11-28-29.jpg
SK KAMPUNG MELAYU NIYOR, KLUANG | JBA2035
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2017/11/team-respect-sk-kg-melayu-niyor-sertai.html
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/
http://blog.skkgmelayuniyor.com/2017/11/team-respect-sk-kg-melayu-niyor-sertai.html
true
1398628480466740783
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy